Monday, August 23, 2010

Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya

I got this from email...thanks to Miss Gna :)

SUBJECT: MAKLUMAN PENGANJURAN PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA @ PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG)



Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia,

Y. Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENGANJURAN PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA@PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 25 Ogos hingga 29 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)


3. Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Nike, Adidas, New Balance, Decellini, Arnold Palmer, Van Heusen, Polo Club, Snails, Jeep, Bebe Homes, Colours, Polka Dots, Disney Pooh, Baby looney Tunes, Panasonic, Bill Keith, Camel, Larrie, Crocodile, Nokia, Samsung, Nikon, Sony dan banyak lagi.

4. Sehubungan dengan itu, dalam usaha menjayakan penganjuran acara ini Y. Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk berkunjung ke tapak program sepanjang tempoh berlangsungnya acara tersebut.

5. Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:

i. Puan Noraini binti Mohammed
No. Tel : 03-8882 6200
Emel : norainimohammed@kpdnkk.gov.my

ii. Encik Khairul Ezam bin Mohd Rasali
No. Tel : 03-8882 6487
Emel : ezam@kpdnkk.gov.my

iii. Encik Henry Borromeo anak Nyirop
No. Tel : 03-8882 5790
Emel : borromeo@kpdnkk.gov.my

iv. Encik Sukarman bin Hamid
No. Tel : 03-8882 5772
Emel : sukarman@kpdnkk.gov.my

v. Cik Nur Sabrina binti Akashah
No. Tel : 03-8882 6201
Emel : sabrina@kpdnkk.gov.my


Sekian dimaklumkan.

URUSETIA PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA@PUTRAJAYA
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI,
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN


***note: Appreciate you can share with your friends too.


~xoxo~
mysignature
Bookmark and Share

3 comments:

sTrawbery said...

waduh jom beli barang raya? nih yang buat ku tak dapat duduk diam nih...best eh--->p jelez coz ba putrajaya..huhuhu

Unknown said...

jangan jelez2 dong... ada masa.. mari la datang shopping sini..
always sale dong...! hehe

Unknown said...

jangan jelez2 dong... ada masa.. mari la datang shopping sini..
always sale dong...! hehe